Ads
Eropah
Manchester City

Nombor telefon penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes dikatakan telah tersebar di England dan akibat daripada itu, beliau telah diserang oleh segelintir penyokong Arsenal.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ederson melalui Instagram Stroy milik beliau baru-baru ini.

Advertisements

Kebocoran nombor telefon Ederson itu dikatakan berlaku sebelum kemenangan berharga Manchester City yang menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-0 semalam.

Advertisements
Advertisements

Ederson walau bagaimanapun menganggap mesej yang diterima oleh penyokong Arsenal itu adalah sesuatu yang kelakar.

“ARSENAL ARSENAL ARSENAL ARSENAL,” luah seorang penyokong Arsenal yang menyerang nombor telefon Ederson.

Advertisements

Ada beberapa lagi mesej yang berkemungkinan besar daripada penyokong Arsenal, namun telah dipadam sebelum sempat dibaca oleh Ederson.

image 57 Nombor Ederson Tersebar, Jadi Mangsa Serangan Penyokong Arsenal
Kredit foto: Instagram

Malah ada juga yang menghantar mesej kepada Ederson dan menasihati penjaga gol Brazil itu untuk menukar nombor telefon.

Dalam aksi menentang Spurs, Ederson tidak sempat menghabiskan perlawanan selepas dikeluarkan pada minit ke-69 akibat daripada pelanggaran dengan pertahanan Spurs, Christian Romero.

Advertisements

Ederson kelihatan marah dengan pertukaran tersebut dan dilihat menyepak lantai sebelum menangis di bangku simpanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram