Melaka United Yakin Norshahrul Idlan Talaha Mampu Buat ‘Comeback’ Bersama Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
Melaka United
Advertisements

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha kembali untuk menemui sentuhan jaringannya semula ketik membantu Melaka United menang besar 4-0 ke atas PIB FC kelmarin.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu pasukannya untuk menang dalam pusingan pertama Piala FA tersebut.

Advertisements

Kemasukan pemain yang mesra disapa Mat Yo ini pada separuh masa kedua jelas mengubah haluan Melaka United yang kelihatan lebih agresif ketika menyerang.

Hal ini terbukti apabila bekas penyerang Kelantan ini berjaya menjaringkan dua gol pada babak kedua untuk mengesahkan kemenangan besar buat pasukannya.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (MUFC) dalam satu kenyataan mengitiraf Mat Yo sebagai pemain terbaik perlawanan.

‘Kelibatnya banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian-larian dan gerakan berbahaya.’

Advertisements

‘Mat Yo menggunakan kelebihan menggelecek yang kerap kali mengelirukan pihak lawan. Kemampuan Mat Yo membuktikan beliau masih berbisa di bahagian hadapan untuk membantu skuad Hang Tuah musim ini,’ -katanya kepada Arena Metro.

Bukan itu sahaja, pengurus pasukan Muhammad Akram Abdullah yakin Mat Yo masih lagi berbisa dan mampu untuk menjadi tunjang utama pasukan.

Advertisements

Selain itu, beliau optimis jika persembahan ini berjaya dikekalkan, tidak mustahil beliau boleh dipanggil semula sepertimana kembalinya Safiq Rahim ke dalam pasukan kebangsaan.

Kemenangan besar ke atas PIB FC memberi suntikan semangat menjelang aksi berdepan Sabah di saingan Liga Super Selasa ini dekat Stadium Hang Jebat.

Advertisements

News Comments Account