Advertising
Nurillo Tukhtasinov & Safwan Mazlan Kembali Perkuat Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu FC bakal diperkuatkan semula dengan kehadiran dua tonggak iaitu Nurillo Tukhtasinov dan Safwan Mazlan.

Perkara ini disahkan oleh pengendali Peteh, Badrul Afzan Razali. Nurillo kembali berada dalam pasukan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan.

Ad

Kehadiran semula beliau membantu Terengganu membelasah Sri Pahang FC 5-1. Safwan pula kembali berlatih meskipun baru kehilangan ibu tercinta beberapa hari yang lalu.

Ad

Badrul melihat kehadiran dua pemain ini sekurang-kurangnya dapat menampung ketiadaan tiga tonggak iaitu Akram Mahinan, Engku Shakir Engku Yacob dan Azam Azmi Murad.

“Kita melihat kepada persiapan petang ini. Kita akan tengok siapa yang sedia untuk bermain dan boleh diturunkan dalam perlawanan esok,” katanya kepada Nadi Bola.

Ad

“Kita ada Nurillo yang kembali menyertai pasukan. Safwan pun yang baru kehilangan ibu baru dua hari berlatih.

Ad

“Saya harap fokus pemain-pemain saya masih baik untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri pada bulan Ramadan.”

Ad

Terengganu berharap dapat meraih kemenangan ke atas Sabah FC dalam aksi terbaru liga pada 7 Mac. Ini kerana kemenangan dapat merapatkan jurang mata antara kedua-dua pasukan di tangga ketiga dan keempat.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments