Nurshamil Abdul Ghani Miliki Rekod Gemar Jaringkan Gol Pada Minit Akhir
Dunia
Photo: Facebook Malaysian Football League
Advertisements

Kelantan FC berjaya mencuri tiga mata penuh sewaktu aksi bertemu Negeri Sembilan FC kelmarin menerusi jaringan minit akhir perlawanan oleh Nurshamil Abdul Ghani. Namun begitu, ini bukanlah kali pertama pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya.

Sepanjang beraksi di Liga Premier bersama Kelantan FC musim ini, Nurshamil telah berjaya menjaringkan 8 gol liga dan kini menempatkan diri antara penjaring terbanyak tempatan di Liga Premier. 6 daripada 8 jaringan Nurshamil terhasil pada separuh masa kedua perlawanan.

Apa yang lebih menarik ialah dalam 6 gol tersebut, 4 gol dijaringkan pada 6 minit terakhir sebelum perlawanan tamat. Sewaktu Kelantan bertemu skuad Projek FAM-MSN pada bulan Mac lalu, Nurshamil menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 89 perlawanan.

Advertisements

Ketika bertemu PDRM, Nurshamil berjaya mencetak gol pada minit ke 84 perlawanan dan dalam pertemuan menentang Kelantan United, Nurshamil sekali lagi menjaringkan gol pada masa tambahan. Pada perlawanan semalam, Nurshamil menjaringkan gol pada minit akhir iaitu pada minit 88 perlawanan sekali gus memberikan gol kemenangan buat Kelantan FC.

Kini Nurshamil mengungguli carta penjaring terbanyak kategori tempatan buat pasukan Kelantan FC. Satu rekod yang menarik kerana sudah 4 kali beliau berjaya mencetak gol walaupun pada saat genting perlawanan.

Pemain berketinggian 1.80 m ini antara penyerang tempatan yang konsisten menjaringkan gol di saingan Liga Premier 2021 malah gol-gol beliau berjaya membantu pasukan Kelantan FC meraih kemenangan sekaligus memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan Liga Premier.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram