Nurshamil Akur Dengan Persaingan Sengit Untuk Menyarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
MFL
Advertisements

Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abdul Ghani berazam untuk terus mempamerkan aksi terbaik dalam usaha beliau untuk membantu pasukannya layak ke Liga Super musim hadapan.

Penyerang kelahiran Melaka itu juga mahu mempertahankan gelaran penjaring terbanyak tempatan dan mahu menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim lepas.

“Saya akan memberikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan untuk memastikan saya mampu meledak gol dan pastinya mahu menjaringkan lebih daripada sembilan gol sebagaimana pencapaian saya pada musim lepas.

Advertisements

“Ketika ini, selepas mengharungi lima perlawanan, saya mampu menjaringkan tiga gol dan ia sebagai motivasi serta pembakar semangat kepada saya untuk mempertahankan anugerah dimenangi musim lalu dan membawa pasukan ini menyertai Liga Super musim depan,” katanya seperi dipetik Sukan Sinar.

Apabila ditanyakan mengenai panggilan ke skuad kebangsaan, penyerang berusia 27 tahun ini akui bahawa menyarung jersi kebangsaan merupakan idaman beliau dan beliau perlu berkerja lebih keras lagi supaya terpilih ke kem skuad kebangsaan.

“Sejak saya menyertai arena bola sepak ini, saya memang berhasrat untuk menyarung jersi kebangsaan namun untuk ke arah itu, saya perlu berusaha lebih kuat dan gigih lagi kerana persaingan terlalu ramai daripada pemain pasukan lain juga,” katanya.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram