Penjaring Terbanyak Kelantan, Nurshamil Ghani Atasi Pemain Import
Dunia
Photo: Facebook TRW Kelantan FC
Advertisements

Bekas penjaring terbanyak Melaka United pada tahun 2015, Nurshamil Abd Ghani muncul sebagai penjaring terbanyak bersama pasukan barunya, Kelantan FC.

Lebih manis, beliau mengatasi keupayaan pemain import Kelantan FC, Jack Hindle, Ringgo, Mario dan Christos dengan 7 jaringan.

Di Kelantan FC beliau digelar sebagai super-sub dan mampu membantu pasukan memperoleh jaringan pada saat akhir permainan bersama pemain import dari Indonesia, Ringgo.

Advertisements

Shamil kini telah beraksi sebanyak 15 perlawanan bersama Kelantan FC dan merupakan antara prospek cerah pemain tempatan untuk posisi penyerang yang pada kebiasaannya dimonopoli pemain import.

Sementara itu penyokong pasukan Kelantan yakin Shamil akan diberikan peluang mewakili pasukan negara suatu hari nanti.

“Selamat maju Jaya Shamil. Harap suatu hari nanti beliau dapat mewakili Malaysia.” Jelas Muhammad Mazilan di Facebook Kelantan FC.

Advertisements

Kelantan FC yang majoritinya dibarisi pemain muda dari skuad Piala Presiden mula menemui rentak dan persefahaman setelah berjaya memperoleh 21 mata selepas 16 perlawanan dan kini menghuni tangga ke-7 carta Liga Premier 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram