Oday Kharoub Dijangka Kembali Warnai Liga Malaysia
MakanBola
Terengganu FC

Bekas kapten Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Oday Kharoub bakal mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini, pemain tengah Palestin itu mewarnai saingan Liga M bersama Kelantan DN untuk separuh pertama musim 2024/25.

Meskipun begitu, isu tunggakan gaji mendorong Oday meninggalkan pasukan Pantai Timur itu. Beliau kemudiannya memilih menyertai kelab Libya, Al-Ahly Benghazi.

Kini, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran memaklumkan Oday bakal kembali memeriahkan saingan Liga M.

Ini kerana pemain tengah berusia 32 tahun itu dilaporkan semakin hampir melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC.

“Oday Kharoub semakin hampir menjadi pemain antarabangsa pertama untuk Negeri Sembilan untuk musim ini,” katanya di X.

Sekiranya perpindahan ini dimuktamadkan, Oday bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan dua pemain tengah import musim sebelumnya, Sebastian Avanzini dan An Sang-su.