Pelakon dan artis popular tanah air, Oktovia Manrose selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall malam semalam.


Pelakon yang berusia 30 tahun itu telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bolasepak Melaka United, Khairul Efsan Mat Isa. Dengan sekali lafaz, Efsan dan Oktovia berjaya disatukan. Pasangan mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin, yang juga merupakan penyayi terkenal, Iwan Syahman.


Menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki, Oktovia turut menerima mas kahwin sebanyak RM80. Namun wang hantaran dirahsiakan oleh kedua-dua belah pihak. Kedua mempelai cantik disandingkan ibarat pinang dibelah dua.

Menurut sumber, Khairul Efsan pernah bermain di Melaka United dalam skuad Liga FAM pada 2014 dan menjadi penjaga gol buat pasukan Young Fighters FC pada 2019. Kini Efsan menjadi usahawan berjaya setelah bersara daripada arena bola sepak tempatan.



Tags: