Ong Kim Swee: Pengarah FAM Perlu Arif Tentang Budaya Bola Sepak Malaysia
Dunia
FAM
Advertisements

Bekas pengarah teknikal FAM, Ong Kim Swee, beliau berpendapat bahawa jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendak melantik pengarah teknikal yang baru, pentingnya untuk memahami budaya bola sepak di Malaysia. 

Walaupun individu yang dilantik merupakan antara yang terbaik, Kim Swee menegaskan jika ideologi pemikiran seseorang itu tidak selari dengan falsafah bola sepak di Malaysia, ianya akan merugikan buat pasukan kebanggsaan. 

“Pengarah teknikal yang akan dilantik itu tidak kisah sama ada dalam kalangan orang tempatan atau luar negara. Apa yang penting individu itu harus mengenal pasti apa budaya bola sepak kita.

Advertisements

“Kalau yang datang merupakan individu yang terbaik, tapi tidak tahu sistem, kualiti pemain tempatan dan cara mereka bermain, saya rasa ia tidak akan mendatangkan untung kepada pasukan negara.

Dalam pada itu, jurulatih Sabah ini turut menasihati untuk tidak mengukur kejayaan seseorang pengarah dalam mengemudi sesebuah pasukan bola sepak dalam jangka masa pendek. Baginya, kejayaan bukan datang dengan cepat, perlu ada kesabaran serta perancangan jangka panjang untuk mencapai sesuatu pada tahap terbaik.

“Kita juga harus beri masa kepada individu tersebut dan jangan berharap apabila dia datang menggalas tugas itu, kejayaan terus ada dalam sekelip mata,” kata Kim Swee kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram