Ong Kim Swee Sambar Azhad Harraz Bentuk Gandingan Serangan Berbisa
Transfer
FA Malaysia
Advertisements

Pemain muda negara, Azhad Harraz Azman dikhabarkan memilih pasukan Sabah FC untuk terajui saingan musim hadapan.

Pemain Skuad Projek FAM-MSN ini berjaya memperagakan aksi yang sangat meyakinkan dalam saingan Liga Premier musim ini. Beliau menjadi ayam tambatan pasukan apabila menjadi penjaring terbanyak pasukan tersebut.

Menurut laporan daripada watawan Astro Arena, Fina Nasrom memaklumkan bahawa Sabah FC telah mengikat kontrak jangka masa panjang buat Azhad. Tawaran kontrak selama 4 tahun telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Advertisements

Sebelum ini, Sabah FC juga menyatakan minat terhadap 3 pemain lagenda negara iaitu Khairul Fahmi, Badddrol Bakhtiar dan Irfan Fazail. Ong Kim Swee dilihat benar-benar mahu cipta kelainan dalam pasukan untuk saingan musim depan.

Pasukan negeri di bawah bayu ini dilihat amat pantas untuk memulakan perancangan awal untuk saingan musim depan, dengan adanya penyerang yang berpotensi ni Ong Kim Swee mahu bentuk gandingan serangan berbisa untuk pasukan Sabah FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram