Advertising
Orang Besi Negeri Sembilan Perlu Berehat Panjang
Liga Super
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Di sebalik kemenangan 2-1 ke atas wakil Lembah Klang, KL City semalam, Negeri Sembilan tempang tanpa beberapa tonggak termasuk bek tengah Perancis, Herold Goulon. Dan difahamkan, bekas bek tengah Blackburn Rovers itu kini berdepan tempoh pemulihan yang panjang di luar padang.

Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, tahap kecederaan yang dialami beliau amat serius dan memerlukan pembedahan segera. Sekiranya bekas bek tengah Sri Pahang itu menjalani pembedahan, besar kemungkinan beliau akan terlepas baki kempen Liga Malaysia (Liga M) bersama skuad Rusa.

Dengan prospek terlepas sebahagian besar baki kempen Liga M termasuk Liga Super musim ini, satu perbincangan bakal diadakan bagi menentukan kedudukan Goulon dalam skuad Jang. Ini termasuk menimbang kemungkinan perlepasan kontrak bersama pasukan.

Ad

Yang pasti, situasi ini akan menambah kekusutan kepada jurulatih, K. Devan. Ini kerana bek tengah berusia 34 tahun itu merupakan antara tonggak penting Negeri Sembilan musim ini.

Sekiranya Goulon dilepaskan, maka pengurusan Hoben Jang Hoben perlu mencari tenaga import baru dalam tetingkap perpindahan kedua bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Selain Goulon, Negeri Sembilan memiliki khidmat Casagrande, Safuwan Baharudin dan Levy Madinda untuk kempen musim ini.

Ad
Ad

Di sebalik khabar duka tersebut, ini memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan seperti Farid Nezal dan R. Aroon Kumar untuk merebut slot kesebelasan utama di bahagian pertahanan. Ini bagi menunjukkan kepada Devan bahawa mereka bersedia mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas bek tengah Le Mans itu.

Ad