Óscar Arribas Anggap Corbin Ong Bukan ‘Masalah’ Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT) Oscar Arribas menganggap persaingan sihat antara beliau dan juga La’vere Corbin Ong bukanlah satu masalah di JDT.

Bintang kelahiran Sepanyol itu baru sahaja tiba pada musim ini sekaligus mewujudkan persaingan yang cukup sengit buat Corbin bagi mengisi posisi tersebut.

Beliau mempunyai pandangan tersendiri mengenai pemain Harimau Malaya itu sambil merasakan ia bukanlah satu masalah di JDT.

Advertisements

“Corbin Ong seorang pemain yang sangat bagus. Saya sangat menghormati dan mengagumi beliau.”

“Kami bersaing dengan sihat di kelab dan ia sangat bagus,” jelasnya kepada MakanBola.

Bekas pemain FC Cartagena ini juga gembira dengan kehidupannya di Malaysia sungguhpun baru pertama kali beraksi di sini.

Advertisements
@makanbolaplus

Oscar Arribas gembira berpeluang beraksi di Liga Malaysia 🇲🇾 #OscarArribas #JDT #MakanBola

♬ original sound – MakanBola – MakanBola

Arribas yang juga merupakan pemain berdarah Filipina semakin mendapat tempat dalam sistem yang diterapkan oleh Tano Solari.

Beliau sudah pun beraksi sebanyak 4 perlawanan termasuk satu sebagai pemain gantian sekaligus mencerminkan mengenai peranan penting yang bakal dimainkannya bersama Harimau Selatan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram