Owen Teo Utamakan Malaysia Sungguhpun Peluangnya Belum Tiba
Dunia
Instagram: @officialpenangfc
Advertisements

Bekas pemain muda pasukan Penang FC, Owen Teo sudah pun menjelaskan bahawa keutamaan beliau adalah untuk menyarung jersi Harimau Malaya setelah baru-baru ini beliau telah dikaitkan untuk beraksi buat pasukan kebangsaan China.

Pemain muda ini turut memberitahu bahawa telah berlakunya proses risikan daripada negara tembok besar memang berlaku namun mengakui ia hanya sekadar untuk mengetahui berkenaan status dan juga maklumat yang berkaitan terutama mengenai kewarganegaraan beliau serta pertalian darah yang ada dengan negara tersebut.

Sungguhpun begitu, Owen menjelaskan bahawa tidak ada sebarang tawaran yang telah diberikan oleh pasukan China kepada beliau. Malah, pemain kelab Croatia, NK Precko Zagreb ini berkata, jiwa dan raganya masih mahu bermain dengan pasukan negara sekaligus menafikan segala khabar angin yang menyatakan bahawa beliau tidak sudi menabur bakti bersama Malaysia.

Advertisements

‘Saya sudah beritahu semua bahawa keutamaan adalah untuk menyarung jersi Malaysia namun jika terlalu lama tak guna untuk tunggu lagi.’

‘Ada salah faham, saya bukannya ditawarkan untuk beraksi bersama China cuma mereka ada bertanya mengenai beberapa perkara terutama berkaitan status terkini ketika ini,’-Jelas Owen kepada Arena Metro.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses untuk mendapat peluang di sana bukan mudah kerana beliau perlu menjalani beberapa latihan terlebih dahulu untuk dinilai sebelum mendapat tawaran untuk bermain bersama skuad kebangsaan China.

Advertisements

Pemain muda ini turut berbesar hati untuk memberikan sepenuh komitmen jika diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan negara.

‘Saya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa bersedia memberikan komitmen tinggi jika diberikan peluang mewakili negara. Cuma agak sedih apabila ada segelintir pihak yang salah tafsir status berkenaan kerana sehingga kini saya masih menunggu panggilan skuad kebangsaan.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram