P. Maniam Ada Ramuan Tambah Derita Sabah
Dunia
pjcityfc
Advertisements

Ketua jurulatih PJ City FC, P.Maniam yakin mampu meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua bagi aksi saingan Liga Super menentang Sabah malam ini.

PJ City sebelum ini cipta kejutan apabila berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menentang pasukan Melaka United tempoh hari.

P.Maniam dalam pada itu akan mengekalkan barisan pemain sedia pada perlawanan sebelum ini untuk harungi barisan bintang yang dimiliki Sabah FC.

Advertisements

Pastinya Trio serangan iaitu Mahali Jasuli, Darren Lok dan S.Kumaahran dijadikan sebagai penggempur utama PJ City selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan sebelum ini.

“Kami optimis mampu mengekalkan kemenangan dengan syarat barisan pemain mengikut segala perancangan ditetapkan oleh jurulatih dan tidak melakukan kesilapan mudah.

“Barisan pemain utama tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka bersedia untuk diturunkan kelak,” kata P.Maniam kepada Arena Metro.

Advertisements

Tambah P.Maniam, jika barisan pemain mengikut segala corak taktikal yang dirancang nescaya kemenangan pasti milik PJ City.

Sabah FC masih belum raih kemenangan pertamanya selepas tewas menentang bekas pasukan daripada Liga Perdana iaitu Negeri Sembilan di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram