Aksi Padang Rumput Semulajadi Beri Kelebihan Buat Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember ini dilihat mendapat suntikan motivasi apabila dijadualkan bakal mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan di stadium yang menggunakan padang rumput atau ‘cow grass’.

Menurut satu kenyataan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara yang diundi dalam kumpulan B bersama beberapa pasukan lain termasuklah juara edisi terakhir, Vietnam yang bakal menjadi pencabar utama dalam kumpulan tersebut.

Sungguhpun begitu, ia menjadi kelebihan buat pasukan negara yang sudah biasa dengan aksi padang seperti itu berbanding beraksi pada padang tiruan yang rata-ratanya sudah digunakan di kebanyakan stadium di Asia.

Advertisements

Namun begitu, menurut sumber, Malaysia bakal beraksi di Stadium Bishan berbanding venue kebiasaan di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Ini juga sedikit sebanyak memberi kelebihan selain persiapan para pemain yang sedang beraksi dalam saingan Piala Malaysia untuk terus merebut minit permainan bersama pasukan masing-masing dalam usaha untuk menambat kepercayaan jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe.

Sebelum ini, Malaysia mengadakan dua perlawanan persahabatan yang berlangsung di Amman, Jordan dalam usaha untuk mencari kesebelasan terbaik termasuklah beberapa muka baharu yang dipanggil oleh jurulatih bagi membentuk skuad terbaik untuk dibawa ke kejohanan tersebut.

Advertisements

Ia sekaligus bakal menjadi medan terbaik buat pemain yang bakal mengetuai cabaran negara pada edisi kali ini selepas Harimau Malaya mengharungi kempen yang amat baik pada edisi sebelumnya sebelum ditewaskan oleh Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram