Pahang Rangers Nafi Ada Taktik Kotor Perpindahan Pemain Ke JDT
Futsal
Pahang Rangers
Advertisements

Arena futsal negara panas apabila skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dituduh melakukan salah laku dalam mendapatkan pemain Pahang Rangers.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Dan tidak lama selepas itu, giliran Pahang Rangers mengeluarkan kenyataan menafikan wujud salah laku membabitkan perpindahan pemain ke Harimau Selatan.

Advertisements

“Pihak Pahang Rangers sedang dalam perbincangan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai pemindahan beberapa pemain futsal menjelang MPFL 2024.

“PRFC telah menerima pertanyaan rasmi dari The Southern Tigers dan PRFC, termasuk Presiden kelab, Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah, telah berunding secara langsung dengan pihak pengurusan tertinggi JDT untuk mencapai persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak.

“Kami dengan tegas menafikan tuduhan dari pihak tertentu yang mengandaikan adanya taktik kotor dalam perkara ini, dan pemain-pemain tersebut telah bertindak mengikut cara mereka sendiri tanpa sebarang nasihat dari JDT dan PRFC, yang telah mengikuti saluran yang betul,” kata pengurusan kelab semalam.

Advertisements

Kedua-dua pasukan kini sibuk membuat persiapan bagi menghadapi saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024.

Pahang Rangers muncul juara MPFL edisi 2023 selepas mengatasi cabaran JDT dalam aksi akhir MPFL pada Ogos lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram