Advertising
Pakar Ramal Lee Zii Jia Tampil Dua Strategi Baharu
UltraSukan
UltraSukan
Sathio Group Australian Open

Kembalinya jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia ke gelanggang akan menjadi tumpuan bersama jurulatih baharu, Yeoh Kay Bin.

Kelibat Lee Zii Jia bakal kembali menghiasi saingan Orleans Masters 2025 dengan pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini terpaksa menarik diri dari beberapa kejohanan gara-gara kecederaan.

Zii Jia masih belum melakukan sebarang penampilan pada tahun 2025 sekaligus membuatkan para peminat ternanti-nanti kemunculan beliau bersama jurulatih baru, Yeoh Kay Bin.

Ad

Oleh itu, Roslin Hashim melihat ini bagaikan peluang terbaik buat Zii Jia membuktikan aksi sebenar di bawah bimbingan Yeoh Kay Bin khususnya dari segi keyakinan dan permainan.

Ad

Malah, Roslin turut menjangkakan perubahan positif dari segi corak permainan dan teknik pukulan Zii Jia yang diminati iaitu backhand smash selepas ini hasil sentuhan dari Kay Bin.

”Sebenarnya terpulang kepada Lee Zii Jia sendiri bagaimana dia hendak buktikan dari segi keyakinan serta permainan,” kata Roslin Hashim kepada Astro Arena.

Ad
Ad

”Macam sekarang, Zii Jia sudah dapat jurulatih baru, Yeoh Kay Bin.”

Ad

“Jadi di situ mungkin ada sentuhan Kay Bin yang kita dapat lihat di corak permainan Zii Jia dan penambahbaikan dari segi senjata rahsia (backhand smash) beliau.”

Zii Jia bakal membuka aksi di Orleans Masters 2025 bertemu Chi Yu Jen dari Chinese Taipei pada pusingan pertama nanti.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments