Pakej ‘Sempurna’ Jacob Njoku Tambat Hati  Kelantan United
Dunia
FB KUFC
Advertisements

Penyerang import dari Nigeria, Jacob Njoku berjaya tambat hati Kelantan United untuk bersama membantu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula akhir bulan ini.

Ketua jurulatih KUFC, Syamsul Saad percaya dengan kedatangan penyerang import itu bakal memperkuatkan lagi bahagian serangan skuad kendaliannya.

Dalam pada itu, Syamsul menyatakan bahawa tertarik dengan pakej lengkap yang ada pada Jacob kerana beliau memberikan komitmen untuk bermain lebih cemerlang dalam setiap saingan.

Advertisements

“Kehadiran penyerang import itu akan memberi nilai tambah kepada kekuatan pasukan menghadapi cabaran sebenar dalam kempen Liga-M khususnya Liga Premier.”

“Saya lihat dia (Jacob) ada kualiti dari segi menggelecek, dia sangat laju dengan faktor umur yang masih muda selain mempunyai kesungguhan untuk beraksi lebih baik dalam setiap perlawanan,” jelasnya.

Sementara itu, Syamsul berharap agak Jacob boleh bersama dalam liga musim ini kerana pasukannya dikatakan memerlukan pemain yang boleh bermain di bahagian serangan sokongan atau sayap kiri dan kanan.

Advertisements

“Saya boleh lihat ketika dia menyertai sesi latihan, ada kesungguhan selain faktor fizikal dan umur. Saya rasa dia boleh kekal dalam liga kita kerana musim ini agak memenatkan kerana pasukan akan banyak beraksi di gelanggang lawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram