Pasukan kebangsaan Palestin mengambil peluang untuk berentap dengan pasukan Liga Super, PDRM FC.
Skuad kendalian P.Maniam menjalankan aksi pemanas badan menentang Palestin yang kini menjalani latihan di Malaysia.
Palestin bakal mengharungi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan pada 5 September sebelum menggunakan gelanggang Malaysia untuk aksi menentang Jordan.
Pertembungan antara Palestin dan PDRM bakal berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.
Aksi ini juga penting buat The Kops susulan saingan liga yang bereha seketika bagi memberi laluan kepada aksi peringkat antarabangsa.
Palestin mencatatkan dua kemenangan, dua kekalahan dan satu keputusan seri dalam 5 perlawanan terakhir manakala merekodkan keputusan sama pada perlawanan terdahulu.
PDRM dijangka menurunkan kesebelasan terbaik sambil Palestin sudah memiliki skuad lengkap selepas beberapa pemain telah melaporkan diri pada sesi latihan.