Ads
Asia
AFC

Selepas tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka 2023 akibat konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu, Palestin mempunyai peluang kembali beraksi di Malaysia.

Advertisements

Ini susulan keputusan kerajaan menawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menerusi satu ciapan di X hari ini.

Advertisements

Advertisements

“Kita sudah berhubung dengan Kedutaan Palestin petang tadi dan membuat tawaran sebagai tuan rumah perlawanan Palestin dan Australia di Stadium Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak bulan depan,” katanya.

Tawaran ini dibuat selepas AFC menolak tawaran Algeria untuk menjadi venue neutral Palestin untuk perlawanan itu.

Advertisements

BBC Sport melaporkan Algeria sebelum itu menawarkan diri sebagai venue neutral Palestin dan bersedia menanggung kos pengangkutan dan penginapan pasukan itu.

Antara alasan yang dikemukakan AFC ialah kemudahan yang tidak diketahui dan keperluan menjaga kebajikan pemain.

Justeru, menurut wartawan Iran, Mani Djazmi, Palestin perlu mengemukakan calon venue neutral yang baru kepada AFC sebelum tarikh tutup 25 Oktober ini.

Di media sosial, ramai menyambut baik cadangan venue neutral dikemukakan kerajaan buat pasukan kebangsaan Palestin dan berharap ia dapat direalisasikan.

Advertisements

Palestin berada dalam Kumpulan I bersama Australia, Lubnan dan Bangladesh. Sekiranya perkara ini berjalan lancar, Palestin dan Australia bakal bersemuka di venue neutral pada 16 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram