Palestine Cipta Kejutan Ikat Arab Saudi
Asia
Arab News
Advertisements

Aksi persahabatan antara pasukan Palestine dan Arab Saudi berkesudahan dengan keputusan seri antara kedua-dua pasukan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Wakra, Qatar itu menyaksikan dua pasukan gergasi Asia ini menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi mempersiapkan pasukan ke Piala Asia.

Usaha ini jelas menggambarkan kekuata sebenar kedua-dua pasukan apabila pasukan bimbingan Roberto Mancini jelas bergelut untuk mendapatkan rentak.

Advertisements

Pada babak pertama, pasukan Timur Tengah itu melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan tidak dapat mempamerkan rentak yang diharapkan.

Palestine pula kembali mengatur gerak dan memperoleh hampir jaringan menerusi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, 7 pertukaran oleh Arab Saudi tidak mengubah nasib mereka untuk kekal tidak melawan Palestine.

Pemain sayap sensasi Saudi, Salem Al-Dawsari dilayangkan kad merah pada minit ke-52 sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Green Falcons untuk meraih kemenangan.

Advertisements

Palestine juga melakukan beberapa siri gerakan namun berjaya dikekang oleh pertahanan lawan.

Arab Saudi masih mempunyai satu aksi persahabatan berdepan Hong Kong sebelum melangkah ke Piala Asia tidak lama lagi.

Advertisements

Jaguh Piala Dunia itu berada dalam Kumpulan F bersama Thailand, Kyrgyzstan dan Oman dan bakal memulakan aksi menentang Oman pada 16 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram