Pandai Baca Gerakan Lawan, Tular Aksi Lelaki Setanding Onana

tular onana Pandai Baca Gerakan Lawan, Tular Aksi Lelaki Setanding Onana
Laman Facebook
Hakim Johari @HakimJohari4
8:57pm 07/11/2023

Aksi seorang penjaga gol yang pandai membaca gerakan lawan dalam menyelamatkan sepakan penalti kini meraih perhatian netizen Malaysia.

Video berdurasi 46 saat itu menampilkan aksi tangkas penjaga gol ini menepis sepakan penalti pemain lawan dan turut menjadi johan liga penalti rakyat berdasarkan perkongsian video miliknya.

Di laman sosial Tik Tok, video lelaki ini telah ditonton seramai 1.6 juta dan mendapat tontonan hampir 500 ribu di Facebook.

Malah ada yang sempat bergurau meninggalkan komen bahawa penjaga gol ini layak menggantikan Onana selaku penjaga gol utama Manchester United.

Di akaun Tiktok milik beliau iaitu @ceokenatinggal, lelaki ini turut berkongsikan beberapa video yang memperlihatkan aksi beliau menjaga gawang gol.

Video-video milik beliau kini mendapat jumlah lebih 1 juta tontonan dan berjaya menarik minat netizen Malaysia yang gemarkan sukan bola sepak.