Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Nama Pape Diakite pastinya akan diingati oleh para penyokong skuad ‘Sang Penyu’ selepas menampilkan aksi yang baik bersama Terengganu FC (TFC) musim ini sekali gus membantu pasukannya menjadi naib juara Liga Super dan naib juara Piala FA.

Namun begitu, masa depan pemain import dari Senegal itu menjadi tanda tanya dan difahamkan hanya seorang sahaja pemain import 2022 dikekalkan iaitu pemain dari Bahrain, Habib Haroon. Pape ada berkongsi mengenai status terkini beliau di ruangan komen instagram miliknya.

Pengikut di instagramnya memberikan pendapat bahawa Pape perlu dikekalkan namun Pape dengan tenang membalas bahawa beliau berharap semua pihak faham bahawa sehingga kini tiada tawaran lanjutan kontrak dari pihak pengurusan.

Advertisements

“Anda semua kena faham saya tidak nampak tawaran daripada TFC. Saya rasa semuanya jelas sekarang. Jadi ianya bukan saya. Terima kasih,” jelas Pape sambil diakhiri dengan simbol senyuman.

Diakite instagram 1 Pape Diakite: Saya Tak Nampak Tawaran Dari Terengganu
Pape Diakite membalas komen penyokong TFC.

Pape Diakite hadir ke Terengganu FC daripada kelab Vietnam, Sai Gon FC. Beliau terlepas dua aksi awal Liga Super Terengganu sebelum menjadi pilihan utama jurulatih pada ketika itu iaitu Nafuzi Zain sehingga penghujung musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram