Park Hang-seo Disebut-Sebut Calon Jurulatih Baharu Korea Selatan

Park Hang seo Park Hang-seo Disebut-Sebut Calon Jurulatih Baharu Korea Selatan
Kompas Bola
Nik Faris @nikfalovic
7:50pm 17/12/2022

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo dilaporkan sedang berada dalam radar jaguh Asia, Korea Selatan untuk mengemudi pasukan.

Korea Selatan yang sudah pun beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia apabila tampil dalam beberapa edisi Piala dunia termasuklah di Qatar 2022.

Walau bagaimanapun, mereka telah pun ditunjukkan jalan keluar oleh gergasi bola sepak Amerika Selatan, Brazil sekaligu menamatkan siangan di pentas berprestij tersebut.

Hal ini menyebabkan ketua jurulatihnya, Paulo Bento mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya sekaligu menyaksikan posisi itu masih kosong.

Menerusi satu laporan oleh Asiae.co kr yang disiarkan oleh Grandstandkita, Park Hang-seo merupakan antara salah satu calon termasuklah bekas penyerang mereka iaitu Ahn Jung-hwan.

Pengendali berusia 65 tahun itu bukanlah individu yang asing bersama skuad kebangsaan Korea Selatan kerana pernah bergelar Pembantu Jurulatih pasukan itu di Piala Dunia 2002 di bawah kendalian Guus Hiddink.

Beliau yang sudah bersama skuad Vietnam hampir 5 tahun ini difahamkan akan menamatkan tugasan pada bulan Januari ini sejurus tamat kejohanan Piala Mitshubishi Electric AFF 2022.