Advertisement
Park Hang-seo Puji Kim Pan-gon
Dunia
MakanBola
Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF

Pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo memuji prestasi semasa ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Dalam sesi sidang media sebelum perlawanan antara Malaysia dan Vietnam, Park Hang-seo optimis menyasarkan tiga mata berjaya dikutip anak buahnya.

Pertembungan Vietnam dan Malaysia malam ini merupakan pertemuan pertama beliau dan Kim Pan-gon sejak pengendali dari Korea Selatan itu dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

“Sepanjang lima tahun saya di Vietnam, saya tidak pernah tewas kepada Malaysia. Namun ini tak bermakna apa-apa, ia hanya sebagai rekod.”

“Saya percaya dan yakin kepada pemain saya. Kami akan lakukan yang terbaik untuk menang dalam perlawanan ini. Saya kira pasukan Malaysia masa ini adalah yang terbaik.”

Menurut Bernama, Park Hang-seo sempat memuji pencapaian semasa Kim Pan-gon yang berjaya membawa skuad Malaysia hari ini berada pada tahap terbaik.

“Malaysia mempunyai pengalaman yang baik dan apa yang penting buat kami adalah menggunakan formasi yang tepat untuk berdepan Malaysia nanti,” ujar Park Hang-seo seperti yang dipetik dari Bernama.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menang keatas pasukan Vietnam adalah pada tahun 2014 di pentas separuh akhir Piala AFF dan ketika itu Harimau Malaya berada di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Malaysia bakal berdepan Vietnam hari ini di Stadium My Dinh, Vietnam tepat jam 8.30 malam. Perlawanan ini penting bagi memastikan Malaysia meraih mata sekaligus layak ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.