Park Tae-Su Anggap Bahasa Melayu Lambang Cinta Kepada Malaysia
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Dalam satu temubual di Youtube MFL, pemain import Sabah FC, Park Tae-Su telah berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan dan kariernya sebagai pemain bola sepak professional di Malaysia. Park Tae-Su sebelum ini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia apabila beliau dilihat sangat fasih berbahasa melayu.

Setelah tiga tahun menetap di Malaysia, pemain berusia 31 tahun itu menyatakan rasa terujanya apabila dapat mempelajari bahasa kebangsaan. Beliau menganggap adalah menjadi satu kemestian untuk dirinya belajar bahasa melayu setibanya beliau di Malaysia.

“Saya belajar bahasa melayu daripada kawan-kawan. Sebab saya tidak pandai berbahasa inggeris jadi pertama kali saya datang ke sini (Malaysia) saya merasakan saya perlu belajar bahasa melayu”

Advertisements

Pertahanan Sabah FC ini turut beranggapan bahawa beberapa perkataan bahasa melayu juga mempunyai iras-iras bahasa Korea. Jadi menurutnya tidaklah begitu sukar untuk beliau mempelajari dan memahirkan diri untuk berbahasa melayu.

“Saya menyangka ada beberapa kata-kata dan perkataan bahasa melayu yang lebih kurang bahasa Korea. Jadi bagi saya senang berbahasa melayu”.

Dalam pada itu, sepanjang menetap di Sabah beliau juga menggemari beberapa masakan di Malaysia. Sabah juga merupakan tempat pertama yang beliau menetap selepas berhijrah keluar dari Korea Selatan.

Advertisements

“Saya suka makan tomyam, udang dan sup. Saya sangat gembira boleh main di Malaysia. Pasukan Sabah FC bagi saya sangat bermakna, dari juara Liga Premier dan sekarang kami di Liga Super.

Sabah FC menjadi juara Liga Premier pada tahun 2019 sebelum menjadi antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Super. Kesetiaan Park Tae-Su bersama Sabah FC sedikit sebanyak telah membantu pasukan negeri di bawah bayu itu berjaya hingga kini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram