Pasangan Dari Jepun Buktikan Kesetiaan Kepada JDT
Inspirasi
Juan Budiman
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja dikenali di Malaysia dan Asia Tenggara malah nama JDT kini sudah dikenali seantero dunia.

Sebagai bukti, satu pasangan suami isteri dari Jepun yang dikenali dengan Yasu dan Maki telah menjadi penyokong JDT sejak tahun 2017 lagi.

Yasu dan Maki telah jatuh cinta kepada JDT dan ultras JDT yang dikenali dengan gelaran Boys Of Straits selepas menyaksikan aksi JDT menentang Gamba Osaka dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Jepun pada 7 Februari 2017.

Advertisements

Perkara tersebut pernah dikongsikan oleh penyokong tegar JDT, Juan Budiman di laman X milik beliau beberapa tahun yang lalu.

Sejak dari itu, cinta mereka berdua terus mekar buat JDT biarpun JDT tewas 0-3 kepada Gamba Osaka. Mereka mula mengikuti JDT secara dekat dengan hadir menyaksikan perlawanan melibatkan gergasi bola sepak Malaysia itu.

Advertisements

Yasu dan Maki tidak menunggu lama untuk membuktikan rasa cinta mereka terhadap JDT apabila pada tahun yang sama, mereka terbang ke bumi Johor untuk menyaksikan JDT menjulang Piala Liga Super 2017 di Stadium Larkin.

Melalui satu muatnaik oleh penyokong JDT, @lsasukeyell di laman X, Yasu dan Maki juga telah hadir menyaksikan perlawanan di antara JDT dan BG Pathum United tempoh hari.

Advertisements

Selain itu, difahamkan pasangan tersebut turut hadir dalam semua perlawanan JDT di tempat lawan dalam saingan ACL iaitu di Jepun, Korea Selatan dan juga di Thailand.

Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit oleh Yasu dan Maki wajar diberikan pujian. Sanggup terbang beribu batu jauh dari negara asalnya iaitu Jepun untuk ke Malaysia bagi menyokong JDT.

Advertisements

Slogan ‘JDT FOR ALL’ ternyata telah menjadi kenyataan apabila sokongan ke atas JDT tidak hanya terhad kepada rakyat di negeri Johor malah ianya mampu meluas ke serata dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram