Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Saingan Liga Super semakin menghampiri penghujungnya, setelah berakhir perlawanan pada Jumaat rata-rata pasukan sudahpun bermain 20 perlawanan.

Dengan gelaran juara sudah diketahui menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), tumpuan kini terarah kepada pasukan manakah akan menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas yang menjadi buruan tiga penjuru antara Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala baki pasukan mahu sedaya upaya menempatkan diri di kedudukan terbaik agar boleh ‘memilih’ lawan yang mempunyai kekuatan seimbang bagi saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula 25 Oktober nanti.

Advertisements

Sejak undian Piala Malaysia dibuat beberapa hari lalu, semua pasukan pastinya tidak mahu menamatkan saingan di kedudukan nombor sembilan Liga Super, kerana mereka telahpun diundi berdepan dengan JDT seawal pusingan 16 terbaik.

Tidak terkecuali, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh, yang cukup sedar bahawa pasukannya antara yang berpotensi untuk menamatkan saingan di kedudukan kesembilan Liga Super 2022 dan menempah laluan sukar dalam Piala Malaysia.

Mereka kini berada di tangga kelapan, dan satu mata yang dikutip pada Jumaat ketika menentang JDT dalam aksi di Stadium Darulmakmur melegakan Dollah kerana ia membolehkan mereka menjarakkan diri dengan PJ City yang berada di tangga kesembilan.

Advertisements

Jurang mata antara kedua-dua pasukan ketika ini adalah lima mata, dibantu kegagalan PJ City mengutip mata ketika menentang Selangor.

“Saya sebenarnya jangka perlawanan mungkin akan tunda, kerana kita dengar perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kedah juga tunda. Tetapi pengadil membuat keputusan meneruskan perlawanan, sebenarnya nasib baik juga lah perlawanan diteruskan, kita dapat untuk mengutip satu mata dan ia membantu untuk cuba memperbaiki lagi kedudukan dalam liga.

“Kita sebolehnya mahu mendaki seberapa tinggi yang boleh, supaya boleh keluar dari zon bahaya seterusnya mengelak jumpa JDT di pusingan awal. Jadi dua perlawanan yang seterusnya menentang Sabah dan Negeri Sembilan akan menentukan kedudukan kita, jadi saya berharap kita tidak cicirkan mata,” ujar Dollah.

Advertisements

Ditanya jika beliau sudah mencongak pasukan mana mahu ditentang di pusingan awal, Dollah berkata, “Saya tidak merancang untuk memilih lawan, yang penting keluar dari zon sekarang, pasukan mana pun boleh, asalkan bukan JDT”.

Secara matematik, paling tinggi Sri Pahang boleh menamatkan saingan Liga Super musim ini adalah di kedudukan kelima.

Piala Malaysia 2022 "Pasukan Mana Pun Boleh, Asalkan Bukan JDT"

Bagaimanapun, jika kekal di kedudukan sekarang sekalipun, ia sudah memadai untuk mereka dipisahkan dari blok yang sama dengan JDT, memandangkan pasukan tangga keempat hingga kelapan Liga Super kesemuanya tidak berada dalam laluan skuad harimau selatan itu sehingga aksi final.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram