Ads
Patrick Reichelt Kesan Ada Unsur Pilih Kasih Buat Malaysia
Asia
Patrick Reichelt

Bintang berpengalaman Filipina, Patrick Reichelt berpendapat ada unsur pilih kasih buat tuan rumah, Malaysia ketika bertemu Filipina pada Rabu.

Advertisements

Reichelt menyuarakan isi hatinya itu melalui satu hantaran di laman X dan ianya mendapat pelbagai respon dari warganet.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Reichelt merasakan unsur pilih kasih itu dilihat secara jelas dan beliau memberi nasihat untuk menyembunyikannya dengan lebih baik.

Advertisements
Advertisements

“Saya mendapati ada sedikit pilih kasih untuk pasukan pengehosan (Malaysia). Tetapi ini agak jelas. Cuba sembunyikannya dengan lebih baik,” coret Reichelt di laman X.

Hantaran yang dimuatnaik bintang Kuala Lumpur City FC (KL City ) itu ditutup dengan tanda pagar What Can You Do yang popular di dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Pada aksi Malaysia dan Filipina tempoh hari, Malaysia lebih bernasib baik untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Jaringan Malaysia dijaringkan oleh Syamer Kutty dan penalti yang disempurnakan Safawi Rasid.

Manakala jaringan tunggal Filipina terhasil melalui jaringan sendiri Feroz Baharudin pada babak pertama perlawanan.

Jurulatih Filipina, Norman Fegidero sebelum ini menyuarakan pendapat beliau bahawa keputusan mungkin akan jadi berbeza jika Filipina dihadiahkan sepakan penalti pada babak kedua selepas pemainnya secara jelas ditolak dari belakang oleh pemain Malaysia.

Advertisements

”Di separuh masa pertama kami boleh menjaringkan dua gol dan di babak kedua, kita sepatutnya memperoleh sepakan penalti dan mungkin boleh menang 3-2,” jelas Norman kepada MakanBola.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram