Ads
Asia Tenggara
FA Malaysia

Pengendali Filipina, Norman Fegidero tampak kecewa melihat pasukannya tumpas di tangan Malaysia dalam aksi Pestabola Merdeka pada Rabu.

Advertisements

Dalam aksi tersebut, dua gol dari Syamer Kutty dan Safawi Rasid berjaya memadam kelebihan awal yang diraih oleh Filipina menerusi jaringan sendiri Feroz Baharudin.

Advertisements

Ketika ditemui selepas perlawanan, Fegidero merasakan pasukan bimbingan mampu meraih kemenangan sekiranya mampu meledak 2 gol di babak pertama dan mendapat sepakan penalti.

Advertisements

Advertisements

”Di separuh masa pertama kami boleh menjaringkan dua gol dan di babak kedua, kita sepatutnya memperoleh sepakan penalti dan mungkin boleh menang 3-2.”

Filipina akan menentang juara bertahan, Tajikistan di aksi penentuan tempat ketiga manakala Harimau Malaya akan bertemu Lubnan di perlawanan akhir pada 8 September.

Advertisements
Advertisements

Tajikistan tumpas di tangan Lubnan dalam satu lagi aksi di sebelah petang hasil jaringan Jihad Ayoub pada minit ke-13 untuk memastikan The Cedars menempah tiket ke final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram