Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Era baharu Pau Marti bersama Harimau Malaya dibuka dengan jaringan memukau dari tonggak tengah, Syamer Kutty.

Advertisements

Dua tahun lalu, skuad negara bertemu Filipina di Tri Nation Cup 2022 yang menyaksikan Akhyar Rashid meledak dua gol pada minit ke-3 dan minit ke-25 untuk mengecewakan The Azkals.

Advertisements

Ironinya, perlawanan tersebut merupakan aksi pertama Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya dan setelah dua tahun, Filipina sekali lagi menjadi lawan pertama negara di bawah kendalian Pau Marti.

Advertisements

Advertisements

Dalam aksi ini, Syamer Kutty meledak gol pertama negara di minit ke-42 hasil percubaan dari luar kotak penalti yang menewaskan Neil Etheridge di pintu gol Filipina.

Ini merupakan jaringan sulung buat Harimau Malaya sejak Pau Marti mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih dari bekas pengendali, Kim Pan-gon pada Julai yang lalu.

Advertisements
Advertisements

Setakat separuh masa pertama, Malaysia dan Filipina terikat 1-1 selepas jaringan sendiri dari Feroz Baharudin memberikan skuad Norman Fegidero kelebihan awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram