Advertisements
Pau Marti Buru Kemenangan Menentang Laos
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berharap dapat melihat pasukan itu kembali mendapat rentak kemenangan bila bertemu Laos.

Advertisement

Sejak tewas kepada Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac lalu, skuad negara kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan. Ini termasuk kejayaan menewaskan Lubnan di peringkat akhir Pestabola Merdeka 2024.

Walau bagaimanapun, rekod tersebut musnah apabila Malaysia dibelasah New Zealand 4-0 di Auckland pada 14 Oktober lalu. Elijah Just, Matthew Garbett, Chris Wood dan Logan Rogerson mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.

Advertisement

Atas sebab itu, Pau Marti dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya berusaha memastikan pasukan itu berada pada tahap terbaik. Ini bagi memastikan skuad negara mampu melebarkan rekod kemenangan ke atas Laos sejak tahun 2008.

“Saya fikir ini satu peluang yang baik untuk kita. Kita datang (ke Thailand) selepas kita tewas di New Zealand.

Advertisement

“Kita semua sedih dan kecewa dengan keputusan perlawanan. Itu sebab kita bekerja keras untuk aksi seterusnya menentang Laos untuk pastikan kita berada pada tahap terbaik,” katanya dalam satu video FAM TV.

Advertisement

Pau Marti turut melihat aksi ini sebagai peluang menguji pemain-pemain berbeza. Ini kerana berbeza dengan skuad sebelumnya, ramai pemain berusia di bawah 25 tahun menjadi sebahagian daripada skuad kali ini.

Antara yang dipanggil ialah Fazrul Amir Md. Zaman, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Fergus Tierney. Pau Marti melihat inilah peluang buat mereka untuk menonjol dan merebut peluang dalam kesebelasan utama.

Advertisement

“Saya fikir untuk perlawanan kali ini, kita ada skuad yang lebih muda daripada skuad sebelumnya. Jadi, ini satu peluang bagus buat pemain-pemain.

“Sudah tentu kita mahu bersaing dan mendapatkan keputusan yang bagus menentang Laos. Tapi lebih baik untuk kita fokus kepada diri sendiri, bagaimana kita beraksi pada tahap terbaik. Sudah tentu satu peluang baik buat para pemain untuk menunjukkan tahap mereka,” ujarnya.

Malaysia bakal berentap dengan Laos di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) pada 14 November ini. Skuad negara berharap dapat mengulangi kejayaan membelasah Laos 5-0 pada Disember 2022.

Dua gol Faisal Halim, Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan Haqimi Azim Rosli memastikan skuad negara ceria di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).