Ads
Pau Marti Letak Syarat Ketat Pemain Warisan Baharu
Harimau Malaya
Go Ahead Eagles/FA Malaysia

Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente meletakkan syarat ketat untuk mengambil pemain warisan baharu.

Advertisements

Beliau berjaya menempa kejayaan apabila membantu Harimau Malaya untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Skuad negara berjaya menundukkan pasukan ke-116 dunia, Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales pada babak pertama.

Advertisements
Advertisements

Bekas pembantu jurulatih di Barcelona B itu juga optimis bahawa skuad kebangsaan akan terus berkembang sungguhpun selepas pemergian bekas pengendali, Kim Pan-gon.

Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa terdapat seorang pemain warisan yang telah menghubungi Pau Marti.

Advertisements

Pemain tersebut yang difahamkan ialah Mats Deijl bersedia untuk mewakili Harimau Malaya sekiranya proses dokumentasi berjalan lancar.

“Kami ada senarai panjang tentang pemain warisan yang berpotensi beraksi buat Malaysia. Saya tidak perlu membuat komen tentang mana-mana individu setakat ini.

“Sekiranya peluang yang ada telah pun secara rasminya disahkan, kita akan memberitahunya pada masa yang tepat.

Beliau bagaimanapun mahu pemain warisan terbaik dipilih sekiranya benar-benar layak membantu Malaysia.

“Ketika ini, sudah pastinya kita sedang mencari dan mahukan pemain yang terbaik untuk Harimau Malaya tetapi fokus barisan kejurulatihan adalah terhadap pemain sedia ada,” jelasnya ketika ditemui.

Advertisements

Ujian berikutnya buat Malaysia adalah aksi persahabatan menentang New Zealand pada bulan Oktober kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram