Pau Marti Titip Pesan Buat Peter Cklamovski
MakanBola
FAM/FCT
Sponsors

Pau Marti menitipkan pesan buat bakal ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Pasukan kebangsaan mengucapkan selamat tinggal buat Pau Marti selepas cabaran Malaysia di ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) berakhir apabila terikat seri 0-0 tatkala Harimau Malaya memerlukan 3 mata.

Ad

Sebelum ini, Pau Marti dalam satu kenyataan telah berkata ini bakal menjadi tugasan terakhir beliau bersama skuad negara bagi memberi laluan kepada projek revolusi Harimau Malaya yang akan bermula pada 2025.

Ad

Sebagai permulaan kepada projek tersebut, bekas jurulatih FC Tokyo dari Australia, Peter Cklamovski telah diumumkan bakal mengemudi skuad kebangsaan berkuat kuasa pada 1 Januari ini.

Dengan berakhirnya perjalanan Malaysia di pentas AMEC ini, Pau Marti mengambil kesempatan untuk terima kasih di atas peluang, pengalaman dan sokongan yang diberikan selama membimbing Malaysia.

Ad

Di kesempatan itu juga, Pau Marti berharap agar Cklamovski dapat menjaga bakat dan potensi besar yang dimiliki pemain Malaysia dengan baik selain membawa mereka ke satu tahap yang baharu.

Ad

”Mungkin saya akan katakan jaga pemain-pemain ini sebaik mungkin kerana saya fikir mereka miliki potensi besar dan dorong pemain agar mencapai tahap yang mampu dicapai,” kata Pau Marti.

Ad

Pau Marti turut mendoakan kejayaan kepada Cklamovski dan Malaysia dengan Harimau Malaya kini menjadi pasukan yang diminati dan akan tetap memberikan sokongan meski hanya dari rumah sahaja.

”Saya ucapkan selamat maju jaya (untuk Peter Cklamovski), Malaysia akan menjadi pasukan kegemaran dan selepas ini saya akan menyokong dari rumah,” ujar beliau ketika sidang media selepas aksi berdepan Singapura.

”Saya doakan yang terbaik buat beliau (Peter Cklamovski), para staf dan terutamanya kepada pemain-pemain kerana saya percaya mereka mampu capai apa yang dihajati.”

Tugas pertama Cklamovski bersama Malaysia adalah untuk melakukan persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama bertemu Nepal pada 25 Mac tahun hadapan.