Paul Pogba Digantung Kerana Doping
Serie A
Juventus
Advertisements

Bintang tengah Perancis dan Juventus, Paul Pogba menerima tamparan hebat apabila dikenakan penggantungan empat tahun oleh pejabat pendakwaraya anti-doping Itali.

Sky Sports melaporkan hukuman tersebut dijatuhkan selepas Pogba gagal ujian air kencing yang dijalankan pada Ogos 2023.

Penggantungan berkuatkuasa dari tarikh beliau gagal melepasi ujian air kencing tersebut. Pogba dijangka menamatkan tempoh penggantungan sekitar Ogos 2027 – usianya pada ketika itu mencecah 34 tahun.

Advertisements

Sebelumnya, barisan peguam bekas bintang Manchester United itu berharap hujah pembelaan mereka dapat diterima Tribunal Anti-Doping Itali (TNA).

Mereka berhujah bahawa ujian positif Pogba berlaku kerana beliau termakan DHEA iaitu sejenis bahan yang merangsang hormon testosteron.

Bagaimanapun, hujah mereka ditolak oleh TNA. TNA kemudiannya menerima cadangan hukuman penggantungan empat tahun buat Pogba – tempoh penggantungan yang ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Sedunia (WADA).

Advertisements

Bekas bintang The Red Devils itu menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kesilapan dan mahu membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Hari ini saya telah dimaklumkan tentang keputusan TNA dan percaya bahawa keputusan itu tidak betul.

“Saya sedih, terkejut dan kecewa kerana segala yang saya bina dalam kerjaya permainan profesional saya telah diambil daripada saya.

Advertisements

“Apabila saya bebas daripada sekatan undang-undang, cerita penuh akan menjadi jelas, tetapi saya tidak pernah secara sedar atau sengaja mengambil sebarang makanan tambahan yang melanggar peraturan anti-doping.

“Sebagai seorang atlet profesional, saya tidak akan melakukan apa-apa untuk meningkatkan prestasi saya dengan menggunakan bahan terlarang dan tidak pernah tidak menghormati atau menipu rakan atlet dan penyokong mana-mana pasukan yang saya pernah lawan.

“Disebabkan keputusan yang diumumkan hari ini, saya akan merayu perkara ini di hadapan CAS,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Advertisements

Selepas pulih daripada masalah kecederaan yang dialaminya pada musim 2022-2023, Pogba berharap dapat bangkit untuk musim 2023-2024.

Beliau merekodkan dua penampilan dalam Serie A bersama Juventus sebelum digantung susulan gagal melepasi ujian dadah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram