Paulo Josue Ada Pelan Khas Lawan Terengganu
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC
Advertisements

Kapten KL City FC, Paulo Josue mendedahkan pasukan itu memiliki pelan khas bila berdepan dengan Terengganu FC nanti.

KL City mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super meskipun dikenakan hukuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana isu membabitkan lesen mereka.

Advertisements

Isu tersebut mengakibatkan The City Boys bukan saja dikenakan hukuman potongan enam mata, denda RM100,000 dan sekatan perpindahan sehingga penghujung musim 2024/25.

Malah, kelab itu juga kehilangan lesen AFC dan tidak dibenarkan bersaing dalam kejohanan yang diluluskan AFC selama dua musim.

Advertisements

Meskipun begitu, dari segi prestasi, kelebihan memihak kepada KL City kerana masih belum kalah sejak aksi Piala FA 2024 pada 14 Jun lalu. Dan Josue melihat momentum ini patut diteruskan bila menentang Terengganu untuk meraih kemenangan ketiga dalam liga.

Pemain tengah kebangsaan itu mengakui skuad Peteh satu pasukan yang bagus dan bakal memberi cabaran kepada The City Boys. Pada masa sama, Josue yakin pelan yang direncana jurulatih, Miroslav Kuljanac mampu memerangkap pelawat.

Advertisements

“Ya, itu menunjukkan kepada pasukan lain bahawa kita amat kuat di gelanggang sendiri. Kita perlu kekalkannya dan kita bakal menentang Terengganu sebagai pasukan pelawat untuk perlawanan seterusnya.

“Jadi, ini satu perlawanan besar (dan) perlawanan yang sukar. Dan Terengganu juga menunjukkan prestasi bagus setakat ini.

Advertisements

“Tapi kita juga ada gaya permainan kita dan kita ada pelan untuk menghadapi mereka. Kita akan pergi ke sana (Stadium Cheras) dan mengumpul mata,” katanya selepas perlawanan KL City-Sabah FC pada 31 Julai lalu.

Aksi menentang Terengganu dilihat peluang buat KL City membalas dendam terhadap pasukan Pantai Timur itu. Ini kerana anak buah Tomislav Steinbruckner menjadi penghalang kepada cita-cita final Piala Malaysia pasukan Lembah Klang itu pada 2023.

Advertisements

Terengganu juga mahu bangkit selepas tumbang 6-4 secara agregat kepada Selangor FC dalam pusingan separuh akhir Piala FA 2024.

KL City dan Terengganu bakal berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 Ogos ini.

Advertisements

News Comments Account