Paulo Josue: KL City Sasar Kedudukan Enam Terbaik
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap dapat membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan enam terbaik.

Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Bagaimanapun, selepas diikat 1-1 Penang FC pada minggu lepas, mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan The City Boys.

Sekiranya KL City berjaya menewaskan Kuching City FC malam ini, mereka mampu memintas pasukan gergasi Pantai Timur itu.

Advertisements

Ini kerana walaupun mereka memiliki mata sama iaitu 37 mata, pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu boleh meraih kedudukan keenam atas kelebihan jaringan.

Justeru, pemain tengah Harimau Malaya itu berharap sasaran tersebut dapat dicapai bagi membolehkan KL City menamatkan kempen liga dengan bergaya.

Advertisements

“Semua pemain profesional, mereka mahu memenangi perlawanan. Kita pun tidak jauh bezanya. Kita mencari keputusan yang baik bagi mendapatkan pengakhiran musim yang bagus.

“Sudah tentu kita akan datang ke (Stadium Negeri Sarawak) untuk mendapatkan tiga mata. Dua perlawanan terakhir ini ialah peluang kita mendapatkan enam mata jika ia dapat dilakukan.

Advertisements

“Dan jika kita mendapat tempat keenam, ia lebih baik kerana pada tahun lepas, kita berada di tempat keenam. Tahun ini, kita (berpeluang) meraih tempat keenam.

“Ini bermakna pasukan menunjukkan prestasi yang bagus dan meletakkan kita menghampiri kedudukan tiga teratas (liga),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari untuk Nadi Arena.

Advertisements

Begitupun, Kuching City dijangka memberi tentangan sengit kepada KL City malam ini bagi menebus kehampaan gagal menjulang Challenge Cup pada 3 Disember lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram