Challenge Cup: PDRM Muncul Juara Tewaskan Kuching City
MFL
PDRM FC
Advertisements

Aksi final Challenge Cup antara pasukan PDRM dan Kuching City menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat di Stadium Kuching.

Anak buah Dato’ Yunus Alif menurunkan barisan terkuat untuk mengekalkan kelebihan tiga gol yang dibawa dari Stadium MBPJ menerusi kemenangan 3-0.

Kuching City yang masih mahu memberikan saingan terhebat melakukan beberapa gerakan berbahaya sepanjang 45 minit bermain.

Advertisements

Gol yang dicari-cari akhirnya tiba apabila gerakan cantik di tengah padang berjaya memerangkap The Kops sebelum pemain tengah, Petrus Shitembi melepaskan rembatan kencang untuk gol pertama.


Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, giliran PDRM menekan pasukan kendalian Aidil Sharin namun ketangkasan Wan Azraie mengekalkan gawang Kuching City tanpa dibolosi.

Advertisements

PDRM kembali menyamakan kedudukan apabila gerakan cantik oleh pasukan pelawat berjaya disempurnakan oleh Uche Agba pada minit ke-56.

Kuching City cuba bangkit mencari gol tambahan namun penyudah tumpul menjadi pemisah.

Advertisements

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada PDRM FC.

Detik ini menjadi satu sejarah buat pasukan PDRM yang menjulang trofi pertama pada musim 2023.

Advertisements

Aksi tamat kemenangan memihak PDRM menerusi agregat 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram