Yunus Alif Mahu PDRM Berjuang Habis-Habisan Di Final
MFL
Faris/MakanBola
Advertisements

Pengendali PDRM FC, Datuk Yunus Alif mahu anak-anak buahnya mempamerkan semangat juang yang tinggi pada aksi final pertama Challenge Cup.

PDRM tampil di aksi final pertama dengan semangat membara selepas tewas 2-0 di tangan Negeri Sembilan FC beberapa hari yang lalu.

Biarpun lawan mereka, Kuching City FC menduduki tangga ke-13 Liga Super ketika ini, pasukan itu tampak lebih mantap di bawah bimbingan jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak.

Advertisements

Justeru, Yunus mahu anak-anak buahnya tampil bersemangat dalam aksi final esok bagi mendapatkan bekalan selesa untuk aksi final kedua pada 3 Disember ini.

“Bagi saya, inilah peluang untuk bangkit balik. Ada hikmahnya dengan kekalahan itu (kalah di tangan Negeri Sembilan) sebab (itu dorong) kita akan bangkit semula.

Advertisements

“Saya lihat bila kita menang lima perlawanan itu, kita jadi lembap dan leka. Jadi bila kita kalah, kita nasihatkan pemain untuk bangkit balik.

“Tak ada cara lain, kita kena bangkit balik. Ini aksi final, kena bagi 100% untuk kedua-dua pusingan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

PDRM akan turun menentang Kuching City untuk aksi pertama Challenge Cup di Stadium MBPJ esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram