Paulo Josue Mahu Akhiri Karier Di KL City
MakanBola
KL City FC

Penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue mahu menamatkan kariernya bersama pasukan Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Hasrat itu dizahirkan beliau dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas aksi Liga Super antara KL City dan Kuching City FC baru-baru ini.

Josue yang kini kekal bersama The City Boys sehingga musim 2027/28 mahu menikmati baki dua tahun tersebut sebaik mungkin.

“Kita lihat jika kaki saya boleh berlari lebih lama lagi. sudah tentu saya boleh lakukan. Tetapi setakat ini, pelan saya ialah menikmati dua tahun terakhir bersama KL City.

“Kemudian selepas itu, kita akan lihat apa akan berlaku seterusnya,” katanya.

Sejak tiba di KL City pada 2017, Josue sudah mengecapi pelbagai pencapaian bersama pasukan itu. Antaranya bergelar juara Piala Malaysia 2021 dan naib juara Piala AFC 2022.

Josue juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City selepas memecahkan rekod tersebut pada musim 2024/25.