Paulo Josue: Saya Beri Yang Terbaik Tiba-Tiba Kelab Umum Bajet Dipotong
MakanBola
KL City FC

Kapten pasukan KL City, Paulo Josue meluahkan kekecewaan terhadap masalah kewangan kelab yang masih belum selesai hingga kini.

Paulo Josue masih berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar berhubung isu kewangan yang belum selesai sejak tahun 2024 menurut laporan Astro Arena.

Menurut Josue, bajet pasukan pada musim hadapan berkemungkinan akan dipotong sekaligus menjejaskan situasi hutang lama pasukan.

“Potong bajet, potong bajet, potong bajet, tiada sesiapa tahu dan faham maksud itu tetapi mereka (pihak pengurusan) hanya menyebut potong bajet.

“Ini sukar kerana kamu telah mencapai tahap maksimum dan saya telah mengharungi musim yang terbaik ketika ini sejak saya beraksi di liga Malaysia. Ini musim terbaik saya.

“Namun bila sampai ke pihak pengurusan mereka memaklumkan bajet perlu dipotong. Sukar untuk saya menerimanya kerana ini musim terbaik saya.

“Bukannya gaji saya yang akan naik atau mereka mahu menawarkan kontrak yang lebih bagus tetapi apa yang disebut hanyalah bajet dipotong dan minta saya untuk memahaminya.” luah Paulo Josue.

Pemain berusia 36 tahun itu menampilkan aksi luar biasa musim ini bersama KL City apabila meledak 17 gol dalam 22 perlawanan liga.

Paulo Josue gah menunjukkan ketajaman beliau di hadapan gawang gol apabila berjaya mengisi peranan penyerang pasukan pada musim ini.

KL City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-6 dengan mengumpul 31 mata hasil 11 kemenangan, 4 seri dan 9 kekalahan.