Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi kali ke-2 musim ini.
Pertemuan antara KL City dan JDT di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi ini.
Pertarungan sengit berlangsung pada 30 minit pertama permainan sebelum satu serangan balas oleh Harimau Selatan berjaya membolosi gawang gol The City Boys.
Tandukan Fernando Forestieri memecah kebuntuan sebelum sepakan percuma Juan Muniz menewaskan Azri Ghani kali kedua.
Paulo Josue menutup kehampaan pada babak pertama apabila KL City dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain tuan rumah ditolak dalam kawasan penalti.
Semakan terhadap Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan KL City dihadiahkan sepakan penalti hadil kekasaran pemain lawan.
Peluang itu berjaya disempurnakan oleh kapten pasukan pada masa kecederaan babak pertama.
Josue menjadi pemain kedua yang berjaya memboloskan gawang JDT selepas Hein Htet Aung di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari.