Kejayaan beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah dalam kejohanan belakangan ini membuahkan hasil yang lumayan mencecah RM190 ribu.
Pearly-Thinaah terbang ke negara jiran minggu lalu untuk beraksi di kejohanan Thailand Open 2025 dengan hasrat kembali mencapai prestasi terbaik setelah tamat Sudirman Cup.
Sepanjang kejohanan berlangsung, Pearly-Thinaah pamer aksi cukup bertenaga bagi menewaskan setiap pasangan lawan yang dihadapi sebelum mara ke final Thailand Open.
Selaku pilihan pertama, Pearly-Thinaah tampak tidak hadapi masalah untuk muncul sebagai juara Thailand Open dengan mengatasi Na Eun-Yeon Woo daripada Korea dalam masa 58 minit.
Juara Thailand Open ini menyaksikan Pearly-Thinaah berjaya mengaut hadiah kemenangan berupa wang USD37,525 iaitu sekitar RM158,758 dan juga tambahan mata bagi kedudukan ranking.
Selang beberapa hari kemudian, beregu nombor 4 dunia ini kembali ke tanah air untuk menyertai Malaysia Masters dan membawa momentum juara dari Thailand bagi menewaskan lawan.
Walau bagaimanapun, perjalanan Pearly-Thinaah di Malaysia Masters terhenti di peringkat separuh akhir apabila tumbang kepada pasangan dari China, Shi Xian-Yi Fan dalam aksi epik 3 set.
Kemaraan mereka sampai ke separuh akhir tidaklah sia-sia oleh kerana Pearly-Thinaah tetap berhasil meraih ganjaran sebanyak USD6,650 bersamaan RM28,132 dan juga mata ranking.
Oleh itu, dalam tempoh dua minggu ini, Pearly-Thinaah telah membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM186,890 hasil kejayaan bergelar juara dan semi finalis di Thailand dan Malaysia.