Peledak Slovenia Calon Pengganti Romel Morales
Transfer
KL City FC
Advertisements

KL City FC dilaporkan sibuk memburu peledak baru menggantikan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan mereka Liga Super musim 2024-2025.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam.

Sebelum ini, The City Boys dilaporkan bakal mendapat khidmat Morales secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Walau bagaimanapun, status perpindahan pinjaman tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Lantas, KL City dilaporkan mencari peledak baru dari Slovenia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Morales untuk musim 2024-2025.

Sehingga artikel ini ditulis, identiti penyerang tersebut tidak didedahkan dengan perpindahan berkenaan masih diletakkan dalam status spekulasi.

Advertisements

Berdasarkan semakan di beberapa liga Asia Tenggara, terdapat dua pemain Slovenia yang beraksi di rantau ini. Mereka ialah penyerang Buriram United, Haris Vuckic dan pemain tengah Balestier Khalsa, Alen Kozar.

Kelibat pemain Slovenia bukan asing di Liga Malaysia (Liga M) kerana beberapa pemain pernah mewarnai saingan liga tersebut.

Kali terakhir pemain Slovenia mewarnai Liga M ialah saingan liga musim 2016. Pada musim tersebut, Necj Potokar dan Dalibor Volas mewakili Sri Pahang FC.

Advertisements

Ketika ini, KL City memiliki tiga pemain import iaitu Giancarlo Gallifuoco, Sebastian Avanzini dan Patrick Reichelt. Kelibat mereka sudah dilihat dalam sesi latihan pasukan yang berlangsung sejak beberapa hari lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram