Peluang Kedua Suhaimi Husin Bersama Harimau Malaya
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin kembali mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon.

Ini merupakan kali kedua penjaga gawang berusia 29 tahun ini menerima panggilan ke skuad kebangsaan selepas kali pertama ketika kejohanan Pesta Bola Merdeka pada September yang lalu.

Selepas itu, namanya tidak tersenarai oleh barisan kejurulatihan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada November. Begitu juga ketika di Piala Asia Qatar yang lalu.

Advertisements

Aksi cemerlang brsama Terengganu terutamanya ketika kempen Piala AFC telah kembali melonjakkan prestasi dan namanya untuk mendapat perhatian kem kebangsaan.

Nama Suhaimi Husin turut tersenarai dalam kesebelasan terbaik AFC ‘Matchday 5’ selepas aksi mantap beliau ketika Terengganu mengikat Central Coast Mariners 1-1.

Menerusi senarai penggilan kebangsaan yang dikeluarkan minggu lalu, nama Suhaimi Hussain kembali dipanggil Kim Pan-gon bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman bulan ini.

Advertisements

Ini peluang terbaik buat Suhaimi untuk membuktikan kredibiliti beliau sebagai penjaga gol bagi merebut tempat sebagai penjaga gawang negara.

Untuk senarai panggilan kali ini, KPG menyenaraikan empat penjaga gol iaitu Ahmad Syihan Hazmi, Azri Ghani, Sikh Izhan dan Suhaimi Hussin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram