Suhaimi Husin Dalam Kesebelasan Terbaik AFC ‘Matchday 5’
AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin terus membuktikan dirinya sebagai antara penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini.

Ini selepas namanya disenaraikan oleh Footy Rankings dalam kesebelasan pemain terbaik Piala AFC untuk aksi kumpulan kelima.

Suhaimi menyertai duo Macarthur, Tomislav Uskok dan Jake Hollman, Takaki Ose (Phnom Penh Crown) dan Eber Bessa (Bali United).

Advertisements

Nama Suhaimi terpilih selepas menampilkan persembahan terpuji buat Terengganu bila menentang Central Coast Mariners di Stadium Central Coast beberapa hari lepas.

Bukan sekali percubaan tuan rumah dinafikan beliau sehingga menghampakan penyokong tuan rumah. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi jaringan penyamaan Miguel Di Dizio.

Atas sebab itu, Sofascore menganugerahkan 8.3 mata kepada Suhaimi sebagai pengiktirafan kepada persembahan cemerlangnya mengawal gawang skuad Penyu.

Advertisements

Persembahan beliau pastinya bakal menggembirakan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Ini kerana jika Suhaimi dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya itu, beliau boleh mencabar kedudukan penjaga gol utama skuad kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram