Peluang Malaysia Letak Duo Berkelas Dunia Hadapi Vietnam
MakanBola
Malaysia NT/KL City FC

Peluang untuk menyaksikan Malaysia mempertaruhkan duo pertahanan berkelas dunia berdepan Vietnam semakin luas.

Pasukan kendalian Peter Cklamovski selangkah ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi dan kini menduduki tangga teratas Kumpulan F.

Cabaran terakhir menentang anak buah Kim Sang-sik di Stadium Thien Thruong dengan Harimau Malaya kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan 15 mata.

Senarai pemain yang bakal dipanggil ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan sering menjadi tumpuan dengan beberapa muka baharu dijangka mewarnai skuad bagi tahun 2026.

Harimau Malaya berpeluang untuk mempertaruhkan gandingan pertahanan LaLiga, Facundo Garces dan juga tonggak Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco.

Garces, 26, melakukan debut bersama pasukan kebangsaan tahun 2025 ketika menumpaskan Vietnam di Bukit Jalil dengan keputusan 4-0.

Status beliau bagaimanapun bakal ditentukan oleh keputusan daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 26 Februari ini untuk membolehkannya mewakili pasukan kebangsaan semula.

Sementara itu, bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Giancarlo Gallifuoco berpeluang melakukan debut bersama Harimau Malaya.

Hal ini selepas tonggak berusia 32 tahun itu dilaporkan sudah cukup tempoh lima tahun di Malaysia, sekali gus boleh dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

Sebagai rekod, Garces yang kini beraksi buat Deportivo Alaves tampil 9 kali di LaLiga 2025-26 sementara Gallifuoco beraksi dalam 14 perlawanan Liga Super buat The City Boys.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi berhubung status Giancarlo untuk menyarung jersi Malaysia.