Ads
Pemain Wanita Arsenal Akui Berketurunan Malaysia
UltraSukan
Arsenal

Selepas Emile Smith Rowe diketahui memiliki darah warisan Malaysia, seorang lagi pemain Arsenal dilaporkan memiliki pertalian dengan negara.

Advertisements

Pemain yang dimaksudkan ialah bintang skuad wanita The Gunners dari Ireland, Katie McCabe. Perkara ini dikongsikan oleh Future Talents.

Advertisements

McCabe merupakan antara bintang besar Women’s Super League (WSL) sejak menyertai Arsenal pada Disember 2015. Beliau telah merekodkan 225 penampilan bersama The Gunners dan menyumbat 35 gol.

Advertisements
Advertisements

Future Talents memaklumkan menerima maklumat daripada abang McCabe, Gary bahawa keluarganya memiliki darah warisan Malaysia dari sebelah keluarga ibunya. Bekas pemain Shamrock Rovers itu turut mendedahkan mereka memiliki darah keturunan Cina.

“Selepas kami mendapat pengesahan daripada Gary McCabe yang juga abang kepada bintang skuad wanita Arsenal, Katie McCabe dan mereka mengesahkan mereka mempunyai darah warisan Malaysia di sebelah ibunya dan juga mempunyai darah separuh Cina

Advertisements

“Mereka mempunyai 10 adik-beradik dan Gary McCabe ialah bekas pemain bola sepak Ireland dan sudah bersara.

“Katie McCabe mempunyai darah warisan Malaysia melalui neneknya dari belah ibunya. Ibunya (Sharon) memiliki darah warisan Malaysia daripada ibunya (nenek Katie McCabe) dan neneknya dilahirkan di Malaysia,” katanya.

Advertisements

Sejak menyertai Arsenal pada akhir tahun 2015, beliau membantu kelab itu bergelar juara WSL edisi 2018/19, The FA Women’s League Cup sebanyak tiga kali dan The FA Women’s Cup edisi 2015/16.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram