Pemain Australia Hampiri Perpindahan Ke Sabah
MakanBola
Western Sydney Wanderers FC

Sabah FC dikhabarkan bakal merekrut seorang pemain tengah Australia bagi menghadapi kempen musim 2025/26.

Pemain yang dimaksudkan ialah bekas pemain tengah Western Sydney Wanderers, Dean Pelekanos. Khabar angin perpindahan tersebut dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

“Difahamkan bahawa Sabah kini hampir menandatangani pemain tengah Australia, Dean Pelekanos.

“Pemain berusia 24 tahun itu kali terakhir beraksi bersama pasukan A-League, Western Sydney Wanderers,” katanya di X.

Pelekanos dilihat sebagai pengganti bekas tonggak import Sang Badak dari Korea Selatan, Park Tae-su.

Ini kerana selain mampu beraksi sebagai pemain tengah, pemain berusia 24 tahun itu juga boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan atau bek tengah sekiranya perlu.

Pelekanos dijangka mengikut jejak beberapa pemain Australia yang pernah beraksi untuk Sabah. Antaranya Michael Baird, Joel Chianese, Robbie Gaspar, Srecko Mitrovic dan Scott Ollerenshaw.

Pelekanos membuat 14 penampilan dan satu bantuan gol bersama Wanderers sepanjang musim 2024/25.

Sebelum ini, Sabah turut dikaitkan dengan perpindahan bekas penyerang Perak FC, Clayton da Silva. Clayton dilaporkan beraksi dalam perlawanan ujian pasukan itu baru-baru ini.