Pemain Bangkok United Mula Hadam Lontaran Jauh Pratama Arhan
MakanBola
True Bangkok United
Sponsors

Barisan pemain Bangkok United mula mengasah kemahiran mereka sejak bek kiri Indonesia, Pratama Arhan sah menyertai pasukan itu.

Arhan menyertai Bangkok Angels itu sebagai ejen bebas selepas kontraknya bersama kelab Korea Selatan, Suwon FC berakhir.

Ad

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu cukup dikenali kerana memiliki lontaran jauh yang merbahaya. Kelebihan ini sentiasa dimanfaatkan Indonesia setiap kali beraksi di peringkat antarabangsa.

Ad

Atas sebab itu, pemain-pemain Bangkok United dilihat berusaha menajamkan kemahiran mereka terutama tandukan setiap kali Arhan melakukan lontaran.

Ini terbukti apabila pengurusan Bangkok Angels memuat naik hantaran video pasukan itu berlatih apabila bekas pemain Tokyo Verdy itu membuat lontaran.

Ad

Arhan telah merekodkan penampilan pertama bersama Bangkok United dalam aksi menentang Buriram United pada 12 Januari lalu.

Ad

Meskipun masuk pada 10 minit terakhir, beliau membantu pasukan barunya meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas pendahulu Thai League 1 itu.